Alat-Alat Kebesaran

Al-Quran

AlQuraan

Alat kebesaran dan kesucian yang unggul, lambang seorang raja beragama Islam memerintah Negeri Perlis.

 

Keris Pendek DiRaja

Keris Pendek Diraja

Keris ini dipakai oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja ketika diadakan upacara pertabalan dan upacara perayaan rasmi Kerajaan Negeri.

 

Pedang DiRaja

Pedang Diraja

Pedang ini digunakan dalam upacara pertabalan seseorang raja. Pedang yang berasal daripada raja Pattani iaitu nenda Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perempuan.

 

Tengkolok DiRaja

Tengkolok DiRaja diperbuat daripada kain tenunan warna hitam bersulamkan benang emas. Bentuk ikatannya dinamakan Putera Kayangan. Di bahagian hadapan tengkolok itu dipasang lambang Negeri Perlis iaitu ukiran tangkai padi, hasil utama Negeri Perlis. Lambang ini diperbuat daripada emas putih.

 

Gendik DiRaja

Gendik Diraja

Gendik ini bertatahkan batu permata, terdapat ukiran dua bentuk tangkai padi, hasil utama Negeri Perlis. Gendik ini diperbuat daripada emas putih iaitu perhiasan kebesaran yang dipakai oleh D.Y.M.M. Tuanku Raja Perempuan Perlis ketika diadakan upacara-upacara rasmi DiRaja.

 

Kalung DiRaja

Kalung Diraja

Kalung ini ialah rantai leher yang dipakai oleh D.Y.M.M. Tuanku Raja Perempuan Perlis yang diperbuat daripada emas putih bertatahkan penuh dengan permata berlian.

 

Tepak Sirih DiRaja

Tepak Sirih Diraja

Digunakan dalam adat istiadat perkahwinan DiRaja, terdiri daripada 11 bekas termasuk bekas sirih, pinang, kapur dan gambir. Ia diperbuat daripada perak.

 

Singgahsana

Singgahsana

Merupakan tempat bersemayam DiRaja, lambang takhta Kerajaan Negeri Perlis. Singgahsana ini dibina pada tahun 1986 menggunakan kayu jati pertama yang terdapat dalam Negeri Perlis.

 

Payung Kuning DiRaja

Payung Kuning Diraja

CetakEmel