Anugerah

Seri Setia Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail (S.S.S.J.)

1

Anugerah ini membawa kepada gelaran Dato' Seri DiRaja.

 

Darjah Setia Paduka Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail (SPSJ)

Dikurniakan kepada penjawat awam dan sektor swasta yang berkhidmat dengan cemerlang kepada negeri Perlis. Anugerah ini membawa kepada gelaran Dato' Seri Setia DiRaja.

 

Seri Paduka Mahkota Perlis (S.P.M.P.) atau Al-Safi 1

2

Dikurniakan kepada mereka yang berkhidmat cemerlang kepada Negeri Perlis semasa memegang jawatan yang sangat berpengaruh dan tanggungjawab yang tertinggi bagi satu tempoh yang panjang. Merupakan penghormatan yang luar biasa terhadap pencapaian yang sangat tinggi. Anugerah ini membawa kepada gelaran Dato' Seri.

Dato' Setia Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail (D.S.S.J.)

3

Dikurniakan kepada mereka yang berkhidmat cemerlang kepada negeri Perlis. Anugerah ini membawa kepada gelaran Dato' Paduka.

 

Darjah Dato' Wira Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail (DWSJ)

Dikurniakan kepada mereka yang berkhidmat cemerlang kepada negeri Perlis. Anugerah ini membawa kepada gelaran Dato' Wira.

 

Dato' Paduka Mahkota Perlis (D.P.M.P.)

4

Dikurniakan kepada mereka yang cemerlang kepada Negeri Perlis. Mereka mempunyai pengaruh yang luas di dalam bidang masing-masing dan membawa kebaikan kepada Negeri Perlis. Anugerah ini membawa kepada gelaran Dato'.

 

Datuk Panglima Sirajuddin Jamalullail (D.P.S.J.)

5

Dikurniakan kepada mereka yang berkhidmat cemerlang kepada negeri Perlis. Anugerah ini membawa kepada gelaran Dato'.

 

Darjah Dato' Panglima Sirajuddin Jamalullail (DPSJ)

Dikurniakan kepada mereka yang mempunyai rekod khidmat cemerlang kepada negeri Perlis. Anugerah ini membawa kepada gelaran Dato'.

CetakEmel