Bendera Rasmi

Bendera Peribadi Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis - Untuk tempat bersemayam dan motokar.

1

Keterangan:
Latar belakang - KUNING. Lingkaran PADI dan PERISAI - HIJAU. Bulatan padi dan huruf "Perlis" dalam tulisan jawi - KUNING.

 

Bendera Peribadi Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan Perlis - Untuk tempat bersemayam dan motokar.

2

Keterangan:
Lingkaran PADI dan PERISAI - KUNING. Bulatan padi dan huruf "Perlis" dalam tulisan jawi - HIJAU di atas latar belakang BIRU di penjuru atas sebelah kiri bendera berwarna KUNING.

 

Bendera Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja - Untuk kediaman dan motokar.

Keterangan:
Latar belakang - BIRU. Lingkaran PADI dan PERISAI - KUNING. Bulatan padi dan huruf "Perlis" dalam tulisan jawi - HIJAU.

 

Bendera Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda - Untuk tempat kediaman dan motokar.

4

Keterangan:
Lingkaran PADI dan PERISAI - KUNING. Bulatan padi dan huruf "Perlis" dalam tulisan jawi - HIJAU diatas latar belakang kuning di tengah bendera berwarna hijau. Tulisan DYTM RAJA MUDA PERLIS di bawah lingkaran padi dan perisai. Warna bendera negeri melintang di bahagian bawah bendera ini.

 

Bendera Negeri Perlis

5

Keterangan:
Di bahagian atas - KUNING. Di bahagian bawah - BIRU.

Bendera Negeri ini ialah untuk digunakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perlis dan Wakil-wakil Negeri di tempat kediaman dan motokar.

CetakEmel