Panduan Pemakaian Pingat

Pakaian-Pakaian Rasmi Dan Panduan Memakai Darjah-Darjah Dan Pingat-Pingat Negeri Perlis.

Darjah-Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat hanya boleh dipakai apabila Penerima Kurnia menghadiri majlis-majlis Istiadat Rasmi yang dianjurkan oleh Kerajaan dengan memakai pakaian rasmi. Pakaian yang ditakrifkan sebagai Pakaian Rasmi adalah sepertimana berikut:

1.

Pakaian Kebangsaan rasmi lengkap dengan baju melayu berwarna hitam berbutang lima, berseluar hitam, bersampin, berbekong dan bertengkolok serta berkeris pada siang hari dan tanpa keris pada waktu malam.

2.

Pakaian Rasmi Y.A.B Menteri Besar, Y.B Speaker Dewan Undangan dan Y.B Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri.

3.

Pakaian Rasmi Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan.

4.

Pakaian Rasmi Angkatan Tentera dan Polis DiRaja.

5.

"Mess Kit" untuk majlis rasmi malam.

KALUNG:

Kalung bagi sesuatu Darjah Kebesaran hanya boleh dipakai pada majlis istiadat seperti berikut:

1.

Istiadat Pertabalan Ke Bawah D.Y.M.M Tuanku Raja dan D.Y.M.M Tuanku Raja Perempuan.

2.

Hari Pemasyuran yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.

3.

Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat sempena Ulangtahun Hari Keputeraan Ke Bawah D.Y.M.M Tuanku Raja.

4.

Istiadat Perasmian Persidangan Dewan Undangan Negeri.

PERATURAN MEMAKAI KALUNG:

Apabila memakai kalung bagi sesuatu Darjah Kebesaran, Selepang bagi Darjah yang sama tidak boleh dipakai. Tetapi selepang bagi Darjah yang lain boleh dipakai bersama jika seseorang Penerima Kurnia itu ada menerima pengurniaan Darjah Kebesaran yang lain. Bagaimanapun, jika sekiranya seseorang Penerima Kurnia itu ada menerima kurnia lebih daripada satu pengurniaan yang mempunyai kalung hanya satu kalung sahaja yang boleh dipakai satu-satu masa.

Kalung hendaklah dipakai terletak diatas kedua bahu tergantung sama tinggi diatas dada dan disebelah belakang dengan Lencana Darjah tergantung di tengah-tengah dada. Jika memakai pakaian seragam, kalung hendaklah disusupkan ke bawah epolet.

CetakEmel