Istana Arau

Istana Arau tersergam indah ditengah-tengah Bandar Diraja Arau. Ianya dibina semasa pemerintahan Almarhum Tuanku Raja Syed Alwi Jamalullail sekitar tahun 1905 hingga 1945. Semasa Almarhum Tuanku Raja Syed Putra Jamalullail memegang tampuk Pemerintahan negeri Perlis, Baginda pernah bersemayam di istana ini sehinggalah Almarhum Baginda mengambil keputusan berpindah dari Istana Arau ke Istana Kenangan Indah yang terletak di Repoh sekitar tahun 1970an.

Bangunan Istana ini mengandungi beberapa ruang khas dengan fungsi dan tujuan tertentu. Balairong Seriberfungsi sebagai tempat berlangsungnya Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran dan Pingat sempena Ulangtahun Hari Keputeraan Tuanku Raja Perlis. Dewan Bankuasi/Santapan pula adalah ruang untuk diadakan Majlis Santapan Negeri. Selain daripada itu, Bilik Biru merupakan ruang khas untuk Majlis Mengadap bagi Ketua Jabatan dan juga Wakil-Wakil Rakyat dan Bilik Hijau dikhaskan untuk Majlis Mengadap bagi Duta-Duta dan kenamaan yang lain.

Istana yang tersergam indah ini adalah sebagai lambang kepada pemerintahan Beraja Negeri Perlis iaitu satu-satunya negeri di Malaysia yang menggunakan istilah �Raja� bagi Pemerintah Negeri.

1

 

Istana Arau, terletak di Bandar DiRaja Negeri Perlis, iaitu bandar Arau. Pada ketika ini DYTM Tuanku Raja Muda dan DYTM Tuanku Raja Puan Muda Perlis bersemayam di istana rasmi Tuanku Raja Perlis.

 2   3

4  5

6   7

 

CetakEmel