Era Pemerintahan IV

Ucapan Selamat Tinggal

Sebelum menamatkan perkhidmatan sebagai Ketua Negara, Tuanku Syed Putra dan Tengku Budriah sempat menitahkan ucapan selamat tinggal kepada sekalian rakyat Malaysia yang dikasihi. Titah baginda;

"Apabila beta berdua meninggalkan Kuala Lumpur, tugas beta berdua telah disempurnakan. Beta berdua akan senantiasa bersyukur kepada Allah Yang Maha Berkuasa, atas limpah kurnia-Nya kepada beta berdua menamatkan tanggungan dan tugas semasa tempoh lima tahun berkhidmat kepada bangsa dan warganegara Malaysia. Beta berdua bersyukur dalam hati sanubari kepada Allah bahawa kamu rakyat beta yang dikasihi akan senantiasa menikmati kegembiraan yang sama seperti beta berdua rasai bagi menerima taat setia dan sokongan-sokongan yang diberi di dalam tempoh lima tahun itu yang tidak dilupakan. Beta berdua berdoa supaya Allah cucurkan rahmat-Nya pada tiap-tiap seorang daripada kamu sekaliannya. Beta berdua tidak akan lupa kasih sayang dan taat setia dan kehormatan yang beta berdua terima sepanjang masa dan di setiap tempat daripada rakyat Malaysia. Dalam fikiran beta berdua akan bergelumang dengan ingatan-ingatan kasih sayang dan taat setia yang dihamburkan dengan gembira daripada berbagai-bagai cara. Baikpun pada ketika istiadat-istiadat yang besar-besar mahupun di kawasan-kawasan rumah tangga yang kecil, rakyat Malaysia tua atau muda daripada segenap bangsa, agama dan kebudayaan telah menyambut beta berdua dengan kehormatan yang ikhlas dan persahabatan. Akhir kata beta berdua akan kenangkan dengan kegembiraan yang tidak kunjung padam akan muka kanak-kanak Malaysia yang berseri-seri dengan senyuman yang berkerlipan dan bercahaya seperti bintang-bintang di malam hari itu."

Kembali Ke Perlis

Perkhidmatan Tuanku Syed Putra sebagai Sri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong ditamatkan dengan penuh penghormatan setelah lima tahun menjadi ketua negara. Pada tanggal 20 September 1965, Tuanku Syed Putra kembali ke Perlis menaiki keretapi khas.

Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, menteri-menteri kabinet, duta-duta dan pesuruhjaya-pesuruhjaya tinggi, orang-orang kenamaan dan isteri mengiringi baginda ke stesen keretapi Kuala Lumpur.

era4 1   era4 2
era4 3   era4 4
era4 5   era4 6
era4 7   era4 8
era4 9   era4 10
era4 11   era4 12
era4 13   era4 14
era4 15   era4 16

CetakEmel