Istiadat Kemangkatan
Tuanku Syed Putra Jamalullail telah mangkat di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada jam 2:20 petang pada 16 April 2000. Baginda telah dimasukkan ke pusat perubatan itu sejak 21 Mac 2000 kerana masalah jantung, buah pinggang dan kencing manis. Kesihatan baginda dilaporkan kritikal pada 9 April 2000 sehingga ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan diberi bantuan pernafasan. Jenazah baginda telah dimandikan pada jam 11 pagi 17 April 2000 di Masjid Negeri dan kemudian disembahyangkan sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan DiRaja selepas Zohor pada hari yang sama. Beliau merupakan raja yang paling lama memerintah di dunia. Sesungguhnya seluruh rakyat amat sedih dengan kemangkatan baginda. Bendera pula telah dikibarkan separuh tiang selama tujuh hari berkabung.

Penghormatan terakhir dari DYMM Tuanku Syed Sirajuddin kepada Almarhum Ayahndanya.