Mukadimah

 
putra 1   budriah
DYMM TUANKU SYED PUTRA IBNI AL-MARHUM SYED HASSAN JAMALULLAIL
D.K., S.P.M.P., D.K.K., D.M.N., S.M.N., D.K.(Brunei), D.K.(Selangor), S.P.D.K.(Sabah),
D.K.(Kelantan), D.P.(Sarawak), D.K.(Kedah), D.K.(Pahang), D.K.(Johor),
D.K.(Negeri Sembilan), D.P.S.S.(Sarawak), D.K.(Perak), D.K.(Terengganu),
D.K.M.B.(Brunei)
 
DYMM TENGKU BUDRIAH BINTI AL-MARHUM TENGKU ISMAIL
D.K., P.M.N., S.M.N., S.P.M.K.(Kelantan)
TUANKU RAJA PERLIS
 
TUANKU RAJA PEREMPUAN PERLIS

Tepat pada masanya negeri Perlis dinaungi. Tepat pada ketikanya ia diterajui. Dan tepat pada waktunya seorang Putera Raja mengisi ruang takhta Negeri Perlis. Inilah gambaran yang diberikan kepada waris kelima raja berdaulat Negeri Perlis, DYMM Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail.

Kehadiran baginda menduduki takhta kerajaan Negeri Perlis telah membuka era baru dalam perkembangan kemajuan negeri Perlis sewaktu-waktu. Malah lebih jauh dari itu, kewibawaan beserta anugerah kesihatan dan usia yang panjang, telah membawa kelangsungan pemerintahan baginda sehingga melewati jangka waktu 50 tahun di atas takhta pemerintahan. Hakikat ini menjadikan Tuanku Syed Putra disenaraikan dalam catatan sejarah sebagai "Raja yang pertama paling lama menduduki takhta di dunia ketika ini."

Di sebalik kewibawaan, tersirat keunikan riwayat hidup Tuanku Syed Putra yang terletak pada penampilan baginda pada waktu yang tepat untuk mengisi peranan yang paling bermakna dalam fakta sejarah Malaysia. Kehadiran baginda yang menepati zaman tersebut, memberi makna yang besar bukan hanya kepada rakyat Negeri Perlis malah kepada rakyat Malaysia pada keseluruhannya. Hakikat ini dapat dilihat daripada rentetan peristiwa yang melibatkan riwayat hidup baginda dari detik kelahiran sehingga menjadi Raja berdaulat bagi Negeri Perlis dan seterusnya menduduki singgahsana sebagai Yang Di-Pertuan Agong yang pertama bagi negara Malaysia merdeka.

Antara peristiwa bersejarah yang paling bermakna ialah, baginda merupakan satu-satunya raja yang "pertama dan terakhir" bagi rakyat Singapura sebelum negara tersebut berpisah dari Malaysia pada tahun 1963. Dalam pada itu, baginda juga mencatat sejarah sebagai tokoh yang bertanggungjawab merasmikan bangunan-bangunan milik negara yang dibina sejurus selepas merdeka. Baginda telah berkesempatan merasmikan bangunan yang menjadi mercu tanda utama negara sehingga kini seperti Bangunan Parlimen, Masjid Negara, Stadium Negara, Muzium Negara dan Lapangan Terbang Antarabangsa Subang.

Inilah hakikat yang menelusuri riwayat Tuanku Syed Putra Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail. Kewibawaan yang tercerna dalam ruang pemerintahan baginda dibayangi oleh pegangan yang kuat terhadap prinsip ajaran Islam. Baginda amat menitikberatkan hal-ehwal kemajuan agama di samping mengambil berat urusan-urusan kebajikan, pendidikan dan kepentingan rakyat berlandaskan tuntutan agama. Inilah antara lain membuatkan baginda disegani bukan saja oleh rakyat Negeri Perlis, malah seluruh warganegara Malaysia tanpa berbelah bagi.

 muk 1 

muk 2  muk 3 

muk 4  muk 5 

muk 6  muk 7

 

CetakEmel