Penghormatan

Rejimen Renjer DiRaja

 

hormat

Selaku bekas Yang Di-Pertuan Agong, baginda Tuanku Syed Putra telah dipersembahkan pangkat Jenderal Kehormat dari Kementerian Pertahanan pada 11 November, 1971.

Peranan yang dimainkan oleh baginda selaku bekas Panglima tertinggi Angkatan Tentera Malaysia, telah membawa kepada penganugerahan pangkat Kehormat Field Mashal pada 24 Julai 1984.

Selain itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Kelima telah melantik Tuanku Syed Putra sebagai Ketua Kolonel Pasukan Renjer Malaysia.

Misi lawatan baginda yang pertama selepas dilantik ialah mengadakan lawatan ke pasukan Renjer di Sabah. Lawatan seterusnya dilakukan dari masa ke semasa sehingga ke hari ini.

 

Canselor USM

Usaha dan keprihatinan Tuanku Syed Putra selama ini dalam bidang pendidikan telah membawa kepada pemilihan baginda sebagai Canselor Pertama Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.

Dengan Limpah Perkenan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong ketika itu, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Al-Mu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah, baginda Tuanku Syed Putra telah dilantik secara rasmi sebagai Canselor USM pada tahun 1972 hingga ke hari ini.

Perasmian sulung Majlis Konvekesyen universiti tersebut telah dilakukan oleh baginda Tuanku Syed Putra pada 10 Jun 1972.

 

hormat1  hormat2

hormat3  hormat4

CetakEmel