Perkahwinan DiRaja

 

Detik pertemuan baginda Tuanku Syed Putra dengan Tengku Budriah berdua terjalin ketika Tengku Budriah menuntut di Anglo Chinese School dan Tuanku Syed Putra menuntut di Penang Free School. Pada satu musim percutian, Tuanku Syed Putra dan kekanda Tengku Budriah menghabiskan cuti di Ipoh. Tuanku Syed Putra kemudian diperkenalkan kepada Tengku Budriah.

Akhirnya pertemuan yang melahirkan bibit cinta membawa baginda berdua ke jinjang pelamin. Ketika itu Tuanku Syed Putra berusia 21 tahun dan Tengku Budriah 17 tahun.

Pada bulan April 1941, baginda berdua diijabkabulkan dan diraikan dalam satu istiadat yang meriah. Istiadat tersebut berlangsung di kediaman Tengku Budriah, di Kampung Telipot, Kota Bharu Kelantan. Majlis yang penuh gilang-gemilang tersebut berlangsung selama dua hari dua malam. Baginda berdua kemudian disambut dan diraikan di Istana Arau.

Perkahwinan atas dasar cinta dan persefahaman, membuahkan keharmonian dan kesejahteraan rumah tangga yang terbina sudah lebih separuh abad. Baginda berdua dikurniakan lima putera dan lima puteri iaitu Yang Amat Mulia Sharifah Salwa, Yang Teramat Mulia Syed Sirajuddin, Yang Amat Mulia Syed Badaruddin, Yang Amat Mulia Sharifah Jelina, Yang Amat Mulia Sharifah Azwan, Yang Amat Mulia Sharifah Junita, Yang Amat Mulia Syed Amir Abidin, Yang Amat Mulia Syed Razlan, Yang Amat Mulia Syed Zainal Anuar dan Yang Amat Mulia Sharifah Endah.

Perkahwinan baginda dengan suri kedua, Puan Mariam beroleh dua putera dan seorang puteri iaitu Yang Amat Mulia Syed Zainal Rashid, Yang Amat Mulia Syed Azni, Yang Amat Mulia Syed Badlishah dan Yang Amat Mulia Sharifah Melanie.

 

kahwin 1     kahwin 2

 

kahwin 3   kahwin 4   kahwin 5

CetakEmel