Pendidikan

Sebagai seorang Raja berjiwa rakyat D.Y.M.M. Tuanku Syed Sirajuddin amat yakin bahawa pendidikan adalah pemangkin kemajuan bangsa dan negara.

Baginda memberikan perhatian berat terhadap pertumbuhan sekolah rendah dan menengah serta Institusi Pendidikan Tinggi di Negeri Perlis. Sebuah sekolah menengah telah mengabadikan nama baginda iaitu Sekolah Menengah Syed Sirajuddin di Jejawi.

Baginda menyalurkan bantuan pendidikan kepada rakyat Perlis untuk melanjutkan pendidikan melalui penubuhan Yayasan Tuanku Syed Putra di mana baginda telah memegang jawatan sebagai Pengerusi Yayasan tersebut mulai 1986 hinggalah baginda dilantik sebagai Raja Perlis pada 17 April, 2000. Kini jawatan tersebut diserahkan kepada anakanda baginda D.Y.T.M. Syed Faizuddin, Raja Muda Perlis.

Penaung Institusi Pendidikan Tinggi

D.Y.M.M. Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail telah dilantik sebagai Canselor Universiti Sains Malaysia mulai 18 April, 2000 untuk tempoh lima tahun. Baginda adalah Canselor kedua USM menggantikan Al-marhum ayahanda baginda Tuanku Syed Putra ibni Al-marhum Syed Hassan Jamalullail yang mangkat pada 16 April, 2000. Istiadat pemasyhuran baginda sebagai Canselor kedua telah disempurnakan oleh Y.B. Senator Tan Sri Musa Mohamad, Menteri Pendidikan Malaysia dalam satu istiadat yang gilang-gemilang di Dewan Tuanku Syed Putra pada 27 Julai, 2000 sempena Konvokesyen Kedua Puluh Sembilan Universiti Sains Malaysia. Baginda juga telah berkenan mengisytiharkan pembukaan Sidang Pertama Konvokesyen Ke-29 dan seterusnya diperkenalkan Pro Canselor USM yang baru dan menganugerahkan Ijazah-Ijazah Kehormat, Ijazah-Ijazah Tertinggi, Sarjana Muda dan Hadiah Pingat Emas Canselor di majlis tersebut.

1

Mesyuarat Lembaga Yayasan Tuanku Syed Putra Perlis Kali Kedua Belas Bil. 1/2000 di Hilton

 

Lawatan DiRaja ke Sekolah Kebangsaan Dato' Kayaman.

2

Tuanku Raja bersalam dengan guru Sekolah Kebangsaan Dato' Kayaman.

 

3

Tuanku sedang bertitah di Sekolah Kebangsaan Dato' Kayaman.

 

4

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Dato' Kayaman menerima sumbangan daripada Tuanku Raja Perlis untuk anak-anak yatim dan murid miskin di Sekolah Kebangsaan Dato' Kayaman sempena lawatan DiRaja.

 

5

Tuanku Raja dan Raja Perempuan melawat pameran kraftangan di bilik kraf sempena lawatan ke Sekolah Kebangsaan Dato'

 

6

Lawatan DiRaja ke bilik pameran TUDM di Sekolah Rendah Kebangsaan Dato' Kayaman.

 

Lawatan ke Sekolah Kebangsaan Dato' Wan Ahmad Kangar sempena Majlis Perayaan 100 Tahun.

7

8

10

 

12

13

14

 

Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Sirajuddin, Jejawi, Perlis

 

9

11

 

Upacara Konvokesyen Kali Ke-29 pada 27 hingga 30 Julai 2000.

15

16

17

18

 

19

20

Majlis Anugerah Pingat Emas DiRaja 2000 di Istana Arau.

 

21

Tuanku Canselor dalam kenangan (1972-2000).

 

 

 

CetakEmel