Pengisytiharan

Pengisytiharan Sebagai Raja Perlis

D.Y.M.M. Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail diisytiharkan ssebagai Raja Perlis ke tujuh pada 17 April 2000. Pemasyhuran itu dibacakan oleh Y.A.B. Menteri Besar Dato Seri Shahidan bin Kassim selepas Majlis Mengangkat Raja memutuskan perlantikan itu. Majlis Pemasyhuran di Istana Arau disempurnakan di hadapan jenazah Al-marhum Syed Putra di Balai Rong Seri, Istana Arau.

Istiadat dimulakan dengan Tuanku Syed Sirajuddin diiringi oleh Tengku Bendahara Dato Seri DiRaja Syed Badaruddin dan Tengku Shariff Temenggung Dato Syed Amir ke tempat duduk khas. Y.M. Syed Badaruddin selakunya Yang Dipertua Majlis Mengangkat Raja kemudian menyerahkan Keris Panjang DiRaja kepada Syed Sirajuddin untuk dikucup bagi mengesahkan perlantikan. Selepas itu, Y.A.B. Menteri Besar membacakan watikah perlantikan. Tiga das tembakan meriam dilepaskan dan diikuti dengan doa.

Orang ramai dan kerabat DiRaja yang berada di Balai Rong Seri melaungkan "Daulat Tuanku sebanyak tiga kali". Istiadat pemasyhuran itu berlangsung di hadapan Yang Di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu dan Kerabat DiRaja. Kebawah D.Y.M.M. Sultan Brunei turut hadir.

12

3

Watikah Perlantikan.

 

4

Menteri Besar Perlis membaca Watikah Perlantikan Raja Perlis.

 

5

Yang DiPertua Majlis Mengangkat DiRaja, Syed Badaruddin Jamalullail menyerahkan Keris Panjang DiRaja Negeri kepada Tuanku Raja menandakan bermulanya perlantikan Raja Perlis yang baru.

 

6

Yang DiPertua Majlis Mengangkat DiRaja, Syed Badaruddin Jamalullail menyerahkan Keris Panjang DiRaja Negeri kepada Tuanku Raja menandakan bermulanya perlantikan Raja Perlis yang baru.

 

7

Tuanku mengucup Keris Panjang DiRaja.

 

8

Tuanku menyaring kembali Keris Panjang DiRaja.

CetakEmel