Istiadat Pertabalan

Tuanku di atas Singgahsana Istana Arau semasa pertabalan baginda pada 7 Mei 2000.

Tuanku mengucup Keris Kuasa pada hari pertabalan baginda sebagai Raja Perlis.

1

2

 

3

Keindahan Singgahsana melambangkan keunggulan Warisan Kesultanan Melayu.

13

Istiadat yang diamalkan dalam sistem pertabalan Raja-Raja Melayu terus dipertahankan.

 

4

Alat-alat Kebesaran DiRaja Perlis diusung memasuki Balairong Seri.

 

 5

Tuanku melangkah dengan penuh tertib menuju ke Singgahsana.

 

6

 Tuanku melangkah dengan penuh tertib menuju ke Singgahsana.

 

7

 Memohon limpah perkenan Tuanku untuk memulakan istiadat pertabalan.

 

8

Baginda cukup tenang melalui proses istiadat pertabalan.

 

9

Sahibul Samahah Mufti Perlis menyampaikan Kitab Suci Al-Qur'an dalam istiadat pertabalan Tuanku.

 

10

Watikah pertabalan dipersembahkan kepada Tuanku.

 

11

Sistem pemerintahan Raja berdaulat terpancar dalam istiadat pertabalan ini.

 

12

Tuanku sedang membaca watikah pertabalan sebagai Raja Perlis pada 7 Mei 2000.

 

Istiadat Pertabalan Sebagai DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Ke 12

Istiadat Pertabalan merupakan satu istiadat Melafazkan Sumpah Jawatan dan Istiadat Menandatangani Surat Pengisytiharan bagi seseorang raja yang dilantik menjadi Yang di Pertuan Agong. Kebiasaannya upacara pertabalan ini akan dilangsungkan di Balairong Seri, Istana Negara dengan melepaskan 21 das tembakkan, pulauan nobat, serta gendang perang dimainkan selama 15 minit bagi menandakan upacara pertabalan berlangsung.

Sebagaimana yang menjadi tradisi raja-raja melayu sejak ianya wujud di Alam Melayu, kedaulatan seseorang raja itu bukan sahaja dari nasab keturunan, kewibawaan dan kepimpinan bahkan dilengkapkan dengan alat-alat kebesaran yang diwarisi secara turun-temurun.

Perlantikan dan pertabalan seseorang raja dianggap tidak sah tanpa alat-alat kebesaran. Alat-alat kebesaran ini akan dikeluarkan hanya untuk upacara-upacara tertentu sahaja seperti dalam istiadat pertabalan, penganugerahan darjah kebesaran dan upacara-upacara rasmi negara. Oleh kerana keramatan dan kepentingan alat-alat kebesaran ini bagi seseorang raja yang berkerajaan, ia mestilah sentiasa disimpan khas dibawah jagaan rapi bentara-bentara. Di dalam sejarah raja-raja Melayu pernah berlaku insiden perbalahan yang berlarutan kerana raja yang ditabalkan tidak disertakan dengan alat-alat kebesaran negeri,dan pertabalan tersebut dianggap tidak sah.

Alat-alat kebesaran Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong ialah singgahsana, tengkolok, pending, cogan alam, cokmar, keris panjang, keris pendek, pedang, sundang, payung ubur-ubur kuning, tombak berambu, panji-panji, gendik dan kalung.

Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalulail telah dimasyurkan sebagai Seri Paduka Baginda yang di-Pertuan Agong Ke XII pada 13 Disember 2001 bagi menggantikan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke XI, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang mangkat pada 21 November 2001. Perlantikan baginda merupakan detik bersejarah kepada Institusi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kerana sebelum ini ayahanda baginda,Tuanku Syed Putra Jamalulail merupakan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ketiga (21 September 1960 hingga 20 September 1965).

Istiadat pertabalan baginda pada pagi 25 April 2002 yang diadakan dengan penuh kebesaran adat istiadat Raja-Raja Melayu merupakan peristiwa penting yang perlu dihayati setiap rakyat jelata yang bernaung di bawah kedaulatan negara ini. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong merupakan Kepala Utama Negara bagi Persekutuan yang diwujudkan apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 sebagaimana yang termaktub di dalam Bab 1,perkara 32 dan 33 Perlembagaan Persekutuan. Cara dan kaedah pemilihan Yang di-Pertuan Agong Dan Timbalan Kepada Utama Negara ditentukan oleh Majlis Raja-Raja secara undi sulit sebagaimana yang dihuraikan didalam Jadual Ketiga Bahagian 1 dan 2 Perlembagaan Persekutuan. Seorang raja yang berkerajaan di sembilan buah negeri di Semenanjung Malaysia iaitu Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan akan dipilih bagi menduduki takhta Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk lima tahun.

Pameran yang disajikan ini merupakan salah satu pendekatan untuk meperkenal dan merapatkan lagi hubungan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah dengan rakyat jelata. Konsep Raja Berpelembagaan yang mempunyai kuasa, fungsi dan ciri-ciri keistimewaan tersendiri dalam pemerintahan negara yang berteraskan sistem demokrasi berparlimen merupakan salah satu elemen penting yang turut dipaparkan dalam pameran ini. Semoga apa yang disajikan melalui berbagai teknik persembahan ini memberi manfaat bersama dan menyedarkan semua pihak agar konsep Raja Berperlembagaan yang diamalkan sekarang terus terpelihara dengan baik hingga ke generasi akan datang sebagai lambang kedaulatan negara yang memayungi setiap rakyat negara ini.

 

14

Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XII
Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail
D.K.P., D.K S.S.P.J, D.K.M, D.M.N., D.K.(Perak), D.K (Negeri Sembilan), D.K. (Kedah), D.K. (Kelantan), D.K.M.B. (Brunei), D.K. (Selangor), D.K. (Terengganu) , S.P.M.J. , S.P.C.M., S.S.M.T., Grand Order of King Tomislav (Crotia), Grand Collier De L'Independence (Grand Medal of the Independence) - Combodia; Grand Croix De L'Ordre (Royal Sash) - Cambodia, Cavaliere Di Gran Croce Decorato Di Gran Cordone (Italy)

 

15

Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong XII
Tuanku Fauziah Binti Al-Marhum Tengku Abdul Rashid
D.K., S.S.P.J., S.P.M.P, D.M.N., Grand Croix De L'Ordre(royal Sash) - Cambodia.

 

16

Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XII Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Jamalullail

D.KP., D.K., S.S.P.J., D.K.M., D.K. (PERAK), D.K. (NEGERI SEMBILAN), D.K. (TERENGGANU), D.K. (KEDAH), D.K. (KELANTAN), S.P.M.J., S.P.C.M., S.S.M.T., Grand Order of King Tornislav (Croatia)

 

17

 

18

Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong XII Tuanku Fauziah Binti Al-Marhum Tengku Abdul Rashid

D.K., S.S.P.J., D.M.N., S.P.M.P.

 

19

 

20

Tuanku sedang membaca watikah perlantikan baginda.

 

21

 

22

Doa dipanjatkan tanda kesyukuran terhadap Ilahi.

 

23

Tuanku dalam majlis perlantikan baginda sebagai Yang DiPertuan Agong XII di Istana Negara.

 

24

Keistimewaan istiadat perlantikan Tuanku yang diamalkan dalam Sistem Raja Berpelembagaan.

 

25

Memohon keberkatan dan keredhaan daripada Allah s.w.t.

CetakEmel