Raja Mesra Rakyat

Rakyat Perlis amat bertuah memperolehi seorang raja yang amat mesra dengan rakyat. Almarhum Tuanku Syed Putra bersama Tuanku Raja Perempuan juga begitu mesra dengan rakyat. Baginda mewarisi kemesraan itu. Di mana-mana saja baginda berangkat, sama ada di kampung, di pekan-pekan kecil atau di padang-padang permainan seperti di padang golf, di padang sasar dan ketika bermain bola sepak, baginda berbual-bual dan beramah-mesra dengan rakyat dan rakan-rakan sepermainan baginda.

Ketika Hari Raya, Tahun Baru Cina, Hari Deepavali atau Hari Wesak baginda sendiri berangkat mengunjungi rumah keluarga mengikut agama tersebut. Pada Hari Raya pula, baginda mengadakan istana terbuka kepada seluruh rakyat. Ketika itu baginda akan beramah-mesra dengan semua kalangan sama ada yang tua atau kanak-kanak.

Baginda sering berangkat ke majlis-majlis perkahwinan rakan-rakan baginda atau pegawai-pegawai Kerajaan yang menjemput baginda. Dalam majlis Penerimaan Pingat, baginda selalu beramah-mesra dengan penerima pingat yang berjasa kepada masyarakat dan negeri ini.

Sesuatu yang amat dikagumi rakyat adalah baginda sendirian memandu kereta berangkat solat jemaah di masjid yang berhampiran dengan kediaman baginda. Begitu juga pada hari Jumaat, baginda sendiri memandu kereta ke masjid. Lepas solat, baginda bermesra dengan para jemaah dan rakan-rakan baginda.

Baginda juga begitu gemar bergurau-senda dan berteka-teki dengan rakan-rakan sepergaulan baginda.

 

1

Menghadiri rumah terbuka sempena Deepavali di rumah En. B.P. Chopra dalam tahun 1970.

 

 

234

Menghadiri Majlis Perkahwinan Dr. Suresh Chopra.

 

 

5

Menghadiri majlis perkahwinan anak Y.A.B. Menteri Besar Perlis.

 

 

6

Lawatan ke Perpustakaan Awam Negeri Perlis.

 

 

7

Menghadiri majlis perkahwinan anak Dato' Johari Mohd. Darus.

 

 

8

Bersalaman dengan para jemputan di Majlis Penganugerahan Darjah dan Pingat Kali Kedua di Dewan Warisan pada 2 Februari 2001.

 

 

9

Bersalaman dengan para jemputan di Majlis Penganugerahan Darjah dan Pingat Kali Kedua di Dewan Warisan pada 2 Februari 2001.

 

 

10

Bersalaman dengan para jemputan di Majlis Penganugerahan Darjah dan Pingat Kali Kedua di Dewan Warisan pada 2 Februari 2001.

 

 

11

Majlis perasmian Perpustakaan Awam Cawangan Simpang Empat.

 

 

12

Majlis perasmian Perpustakaan Awam Cawangan Simpang Empat.

CetakEmel