Sukan Dan Rekreasi

Ketika baginda berada di peringkat prasekolah, baginda sering mengikuti rakan-rakan baginda ke Sungai Arau dan mengikuti kawan melastik burung di luar kawasan istana. Oleh sebab baginda memegang kuat amanah bonda agar jangan mandi sungai atau melastik burung, maka baginda hanya menjadi teman kepada kawan rapat baginda iaitu Mohamed @ Ismail bin Che' Man. Baginda hanya menjadi penonton dan menjadi teman.

Sungguhpun baginda berpindah sekolah ke Pulau Pinang, namun aktiviti bola sepak tidak dapat dipisahkan. Baginda pulang pada hujung minggu dan telah menubuhkan pasukan/team bola sepak Kota Raja di Arau pada tahun 1957 dan pasukan Kota Raja telah menjadi johan untuk beberapa tahun. Ketika baginda berumur 12 tahun, baginda sering bermain bola sepak dengan menggunakan bola salat di kawasan istana. Antara kawan-kawan rapat baginda ialah Mohamed @ Ismail Che' Man, Jumrah bin Abi Ismail, Yusof bin Ghani, Syed Harun dan beberapa orang lagi.

Baginda juga bergiat cergas di bidang sukan. Antara yang diminati oleh baginda ialah sukan golf, tenis dan bola sepak. Pada bulan Mei 1971 sehingga hari ini, baginda telah dilantik sebagai Yang Dipertua Kelab Golf Putra, Perlis dan Penaung Persatuan Pengadil-Pengadil Bola Sepak Perlis sejak tahun 1967. Baginda juga pernah dilantik sebagai Yang Dipertua Persatuan Bola Sepak Perlis selama 18 tahun.

 

raja 

1

Tuanku sedang belatih menembak di lapang sasar genting Kabu.

 

 

23

Sebelum bermain golf.

 

 

4

Perlawanan persahabatan sempena lawatan Datuk Lee Lam Thye ke Perlis.

 

 

5

Hobi memancing.

 

 

6

Pejabat Tuanku Raja di Bumita.

 

 

7

Tuanku bergambar bersama rakan-rakan.

 

 

8

Hobi memancing.

 

 

9

Pejabat Tuanku Raja di Bumita.

 

 

10

Pertandingan "Shahreen Cup 2000" di Southern Hills Golf & Country Club, Haadyai, Thailand pada bulan Jun 2000.

CetakEmel