Syiar Islam

Agama Islam adalah terletak di bawah kuasa Raja. Menjadi tanggungjawab Raja memelihara agama. Di Perlis, semasa menjadi Raja Muda Tuanku Syed Sirajuddin diamanahkan oleh ayahandanya D.Y.M.M. Tuanku Syed Putra Jamalullail sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis.

D.Y.M.M. Tuanku Syed Sirajuddin mengambil berat tentang hal ehwal Agama Islam. Baginda memelihara fahaman ahli Sunnah Waljama'ah yang menjadi kekuatan penganut Islam di Perlis. Bagi memastikan perkembangan tersebut, baginda kerap merujuk kepada tokoh-tokoh agama.

Baginda juga sering mencemar Duli berangkat hadir ke majlis-majlis agama seperti Tilawah Al-Quran, Perasmian Masjid, Penganugerahan Tokoh Maal Hijrah dan Majlis Forum berkaitan Islam. Majlis-majlis tersebut menjadi wahana untuk baginda mendekati perpaduan ummah. Baginda juga sering berangkat menunaikan Solat Jumaat dan solat berjemaah di masjid-masjid sekitar Kangar dengan memandu sendiri Pajeronya. Baginda sekeluarga telah beberapa kali berangkat menunaikan Umrah dan baginda telah mengerjakan Ibadat Haji pada tahun 2000 lalu. Sebuah masjid turut diabadikan dengan nama baginda iaitu Masjid Sirajuddin di Padang Pauh, Perlis.

 

1

2

Menghadiri Majlis Tilawah Al-Quran Angkatan Tentera.

 

3

Majlis Anugerah Persaraan Pegawai-Pegawai Masjid.

 

4

Perasmian masjid.

 

5

Penyampaian Tokoh Maal Hijrah pada tahun 2000.

 

6

Majlis Anugerah Persaraan Pegawai-Pegawai Masjid.

 

8

Perasmian masjid.

 

9

Penyampaian Tokoh Maal Hijrah pada tahun 2000.

 

10

Majlis Anugerah Persaraan Pegawai-Pegawai Masjid.

 

11

Aktiviti anjuran Jabatan Agama Islam Perlis.

 

12

 

13

 

14

 

15

 

16

 

17

 

18

CetakEmel