DYTM & Kelab Golf Putra

DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail

Presiden Kelab Golf Putra

DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis telah menjadi Presiden Kelab Golf Putra mulai pada 12 Oktober 2000, selaras dengan Pengisytiharan Perlantikan DYTM Tuanku sebagai Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perlis. Mengikut perlembangan Kelab Golf Putra Section 23(a) DYTM Raja Muda Perlis adalah merupakan Presiden Kelab Golf Putra dan juga Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Kelab yang bertanggungjawab di dalam aspek berkaitan dengan permainan dan standard sukan golf, penyelenggaraan dan penambahbaikan padang, memegang etika dan menentukan keberkesanan pentadbiran kelab.

Tuanku Presiden telah dapat mengendalikan Mesyuarat Jawatankuasa Kelab sekurang-kurangnya tiga kali setahun mengikut Perlembagaan Kelab Golf Putra.

Tuanku Presiden telah dapat membentuk satu pasukan Ahli Jawatankuasa yang dapat menjalankan aktiviti yang telah dirancangkan dimana terdapat perubahan di dalam pembentukan Jawatankuasa-Jawatankuasa Kecil agar lebih tertumpu dan terperinci dengan aktiviti kelab.

Dibawah pentadbiran Tuanku Presiden Kelab Golf Putra telah dapat dipertingkatkan di dalam aspek penyelenggaraan padang, penyediaan buggy yang cukup untuk pertandingan dan mengadakan pertandingan golf mengikut sebagaimana yang telah dirancangkan. Selain dari itu Tuanku Presiden juga dapat mengadakan Pertandingan Golf Amal bagi mengutip sumbangan untuk sesuatu aktiviti amal. Dibawah kepimpinan Tuanku Presiden Kelab Golf telah dapat mengadakan Jamuan Hari Raya berserta Pertandingan Golf Raya pada setiap tahun. Tuanku Presiden juga telah mengarahkan penanaman pokok-pokok yang sesuai untuk pengindahan rumah kelab dan di dalam padang.

Tuanku Presiden telah membentuk satu Pelan Perancangan dan Pembangunan Kelab Golf Putra untuk jangka pendek sederhana dan panjang yang komprehensif bagi pembangunan Kelab agar maju dan setanding dengan lain-lain Kelab Golf di Malaysia di masa akan datang.

1234

CetakEmel