DYTM & MAIPs

DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail

Sejarah Tuanku Dalam Organisasi Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs)

  1. Penglibatan DYMM Tuanku Raja Perlis dalam Organisasi MAIPs., bermula pada tahun 1986 iaitu selepas pengasingan antara Jabatan Agama Islam Negeri dengan MAIPs.
  2. Mulai 1986 DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra dilantik sebagai Yang DiPertua MAIPs., (yang Ke-3).
  3. Seterusnya Pada 14 Disember 2001 DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin telah dilantik sebagai Yang DiPertua MAIPs., (yang Ke-4) sehingga kini.

Aktiviti Tuanku Dalam MAIPs

  1. Pengerusi Jawatankuasa Baitulmal Negeri Perlis (Jawatankuasa Zakat) dan diperturunkan kuasa kepada salah seorang Ahli Majlis menjadi Pengerusi.
  2. Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan Dan Pembangunan Majlis
  3. Kuasa pemutus dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis
  4. Kuasa melantik Ahli Jawatankuasa Baitulmal Negeri
  5. Melalui Majlis boleh membuat Peraturan-Peraturan untuk menjalankan segala perkara berkaitan dengan Kutipan Zakat, Pentadbiran Dan Pembahagian Zakat Fitrah.
  6. Sebagai Ketua Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis

Perancangan Dan Sumbangan DYTM Tuanku Raja Muda Dalam MAIPs

  1. Sumbangan idea ke arah memartabatkan dan mempertingkatkan keceriaan masjid-masjid melalui aktiviti-aktiviti pegimarahan, keceriaan dari segi kebersihan kawasan dalaman dan halaman masjid dengan tanaman pokok bunga kertas serta pembinaan menara jam bagi semua masjid sebagai mercu tanda untuk masyarakat menghayati kepentingan masa.
  2. Cadangan pebentukan satu badan dakwah khas Islam untuk menangani dan bertindak segera jika berlaku sebarang musibah di negeri Perlis.
  3. Memperkemaskan tindakan untuk mempastikan rakyat Perlis memahami dan menghayati sepenuhnya fahaman Ahli Sunnah Waljamaah bersesuaian dengan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perlis.

123456789

CetakEmel