DYTM & YTSP

DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail

PENGERUSI YAYASAN TUANKU SYED PUTRA

Sejarah DYTM Tuanku dengan organisasi Yayasan Tuanku Syed Putra

DYTM Tuanku telah dilantik sebagai Pengerusi Yayasan mulai 1 Ogos 2000.

Aktiviti-aktiviti DYTM Tuanku dalam organisasi Yayasan Tuanku Syed Putra

  1. Menganugerahkan biasiswa kecil Yayasan kepada pelajar-pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan dari semua sekolah-sekolah rendah di negeri Perlis.
  2. Menganugerahkan Anugerah Cemerlang Yayasan kepada pelajar-pelajar yang mendapat keputusan terbaik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
  3. Menganugerahkan Pingat Cemerlang Yayasan kepada individu yang mencapai kejayaan samada di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa dalam berbagai bidang termasuk sukan dan kokurikulum, sosio ekonomi, kebudayaan dan kesenian dan penulisan.
  4. Menyampaikan sumbangan kepada mereka yang menghidapi penyakit kronik, ditimpa bencana dan malapetaka dan juga bantuan pendidikan.

Perancangan dan sumbangan DYTM Tuanku dalam organisasi Yayasan Tuanku Syed Putra

  1. Menjadikan Yayasan Tuanku Syed Putra sebagai sebuah institusi kebajikan yang ulung di negeri Perlis yang dapat memberi sumbangan dan bantuan yang lebih luas kepada semua lapisan masyarakat.
  2. Mengambil bahagian dalam bidang pelaburan dan pembangunan untuk meningkatkan pendapatan dan hasil Yayasan.

Sebagai Pengerusi Yayasan, Tuanku adalah pemangkin kepada perancangan dan perlaksanaan program dan aktiviti-aktiviti Yayasan dari masa ke semasa.

 

CetakEmel