Komander Rejimen 504

Istiadat Pemakaian Pangkat Dan Serah Tugas Komander Rejimen 504 Askar Wataniah.

Rejimen 504 Askar Wataniah telah ditubuhkan dengan rasminya pada 7 September 1980 di Kem Jalan Kolam Air, Alor Setar, Kedah dan bertanggungjawab terhadap Negeri Kedah, Pulau Pinang dan Negeri Perlis. Sebelum itu, Rejimen ini dikenali sebagai pasukan pertahanan tempatan Kedah/Perlis yang ditubuhkan pada 1 Januari 1950. Dengan tertubuhnya Rejimen 509 askar wataniah pada tahun 1981, Pulau Pinang telah dikeluarkan daripada tanggungjawab Rejimen 504 Askar Wataniah. Pada bulan jun 1983, Markas Rejimen 504 Askar Wataniah telah dipindahkan dari Kem Jalan Kolam Air, Alor Setar ke Kem Bukit Pinang, juga di Alor Setar. Kemudiannya pada 1 Julai 1996, Rejimen ini telah dipindahkan buat kali ketiga ke Kem Bukit Ketri, Perlis dan kekal hingga sekarang. Pada 1 Januari 1997, Kedah telah dikeluarkan daripada tanggungjawab Rejimen berikutan tertubuhnya Rejimen 513 Askar Wataniah di Sungai Petani, Kedah.

1

Rejimen ini telah mencipta sejarah kerana melahirkan Sarjan Mejar Rejimen (SMR) wanita yang pertama di dalam tentera darat iaitu 117846 PW 1 Che Mah Binti Musa. Rejimen ini juga telah berjaya menjuarai ujian kemahiran merempuh halangan pada tahun 1997 sempena sambutan hari ulangtahun Askar Wataniah ke- 39 di Kuala Lumpur. Pada 26 Disember 1996, Rejimen ini telah dijadikan anak angkat oleh kerajaan Negeri Perlis dan berikutan itu tertubuhlah Jawatan Kuasa Pendukung Askar Wataniah Negeri Perlis dengan Yang Amat Berhormat Dato' Seri Shahidan Bin Kassim, Menteri Besar Perlis sebagai penaungnya.

Komander pertama Rejimen ini ialah DYMM Kolonel Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalulail. Baginda memerintah selama 19 tahun 6 bulan 21 hari iaitu mula 1 Januari 1980 hingga 11 Julai 2000. Sebagai penyambung warisan, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin telah diperkenankan sebagai Komander yang baru berkuatkuasa 1 April 2002.

 

23

456789101112131415161718

 

CetakEmel