Pemasyhuran Raja Muda

D.Y.T.M. Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin dan D.Y.T.M. Tuanku Lailatul Shahreen Akashah binti Dato Haji Khalil telah dimasyhurkan menjadi Raja Muda dan Raja Muda Puan Perlis pada 12 Oktober 2000. Istiadat pemasyhuran telah berlangsung di Balai Rong Seri Istana Arau di hadapan D.Y.M.M. Tuanku Raja dan Raja Perempuan Perlis dan disaksikan oleh Pembesar-pembesar Negeri dan Kerabat DiRaja.

Pemasyhuran dilangsungkan dalam suasana gilang-gemilang di mana Y.A.M. Tengku Syariff Bendahara Dato' Seri DiRaja Syed Badaruddin mengisytiharkan pemasyhuran tersebut berkuatkuasa pada 1 Ogos 2000. Y.A.B. Menteri Besar, Dato' Seri Shahidan Kasim kemudian mempersembahkan warkah ikrar taat setia untuk dititahkan oleh D.Y.T.M. Tuanku Syed Faizuddin. Raja Muda kemudiannya menandatangani warkah ikrar tersebut dan kemudiannya mengadap D.Y.M.M. Tuanku Raja untuk menerima Keris Kebesaran D.Y.T.M. Raja Muda lalu mengucup keris tersebut dan menyarungkannya kembali. Selepas itu Y.A.M. Tengku Syarif Bendahara mengisytiharkan pula pemasyhuran D.Y.T.M. Raja Puan Muda. Baginda kemudian menghadap Tuanku Raja Perlis yang telah berkenan memakaikan 'gendik DiRaja' kepada D.Y.T.M. Raja Puan Muda.

 

123456

 

CetakEmel