Organisasi Amal

Yayasan Tuanku Syed Sirajuddin

1. Tarikh Penubuhan
14 Februari, 2004.

2. Tujuan
Organisasi amal:-

  • Membantu rakyat malaysia yang kurang berupaya, tidak mengira ugama, bangsa atau kepercayaan dari segi kewangan ataupun fizikal.
  • Menyediakan bantuan kewangan bagi mereka yang memerlukannya untuk bantuan yuran pembedahan, perubatan dan sebarang prosedur yang berkaitan.
  • Membantu mereka yang mengalami penderitaan yang akibatkan malapetaka pembakaran, banjir, kebuluran dan sebarang malapetaka lain.
  • Membantu dan memulakan projek-projek komuniti dan skim untuk mereka yang memerlukan pemulihan sosial ataupun kebajikan.

3. Bantuan Kepada
Rakyat Malaysia yang kurang berupaya, tidak mengira agama, bangsa atau kepercayaan, dari segi kewangan ataupun fizikal (tertakluk kepada senarai kegiatan di atas).

4. Alamat Surat Menyurat
11-3 Jalan Sri Hartamas 7,
Taman Sri Hartamas,
50480 Kuala Lumpur.
Tel: 03-62035642
Faks: 03-62035462
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Yayasan Tuanku Fauziah

1. Tarikh Penubuhan
19 April, 2004.

2. No. Pendaftaran
649563-K

3. Tujuan
Sebuah pertubuhan amal.

Mengenalpasti, memberi pengiktirafan dan mempromosikan remaja wanita malaysia yang berpotensi, cemerlang dalam akademik serta aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan kokurikulum.

Wanita yang terpilih akan memainkan peranan mereka dalam pembangunan negara dengan penglibatan mereka dalam aktiviti kebajikan yang menyumbang kepada penambahbaikan kualiti hidup rakyat serta mengukuhkan perpaduan di kalangan seluruh rakyat malaysia.

4. Bantuan Kepada
Belum dikeluarkan lagi.

5. Alamat Surat Menyurat
Secretariat : RDL Corporate Services Sdn Bhd,
18th Floor, Wisma Sime Darby,
Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur
Tel: 03-2694999
Faks: 03-26927942

Pejabat Setiausaha Sulit
DYMM Tuanku Raja Perlis,
Istana Arau,
02600 Arau, Perlis.
Tel: 04-9861226
Faks: 04-9862260

Link laman web: http://www.yayasantuankufauziah.org

Yayasan Tuanku Syed Putra

1. Tarikh Penubuhan
1986

2. Tujuan

  • Untuk mengekalkan nama baik Almarhum Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail, Raja Perlis (1945 -2000) dan Yang Di Pertuan Agong Malaysia yang pertama dan Persekutuan Tanah Melayu yang ketiga (1960 -1965).
  • Untuk mencapai hasrat dan mengekalkan jasa baik Almarhum Tuanku Syed Hassan Jamalullail.
  • Untuk menanam dan menggalakkan saling persefahaman antara kumpulan-kumpulan kaum dan manusia.
  • Bagi menggalakkan keamanan dan persefahaman antara bangsa-bangsa; dan
  • Untuk memperbaiki standard pelajaran dalam semua lapangan dan untuk meninggikan taraf kehidupan rakyat.

3. Bantuan Kepada

  • Pelajar-pelajar sekolah rendah yang cemerlang dalam bidang akademik tetapi keluarga kurang berkemampuan (tanpa mengiri kaum dan kepercayaan agama).
  • Pelajar-Pelajar yang mendapat keputusan terbaik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (tanpa mengiri kaum, keturunan atau agama).
  • Rakyat negeri Perlis (yang kurang berkemampuan) yang menghidap penyakit kronik, ditimpa malapetaka atau bencana alam serta yang memerlukan bantuan dalam bidang pendidikan.
  • Pelajar-pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian ke Institiut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta.

4. Alamat Surat Menyurat
Yayasan Tuanku Syed Putra Perlis,
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis,
Ibu Pejabat Kerajaan Negeri,
01990 Kangar, Perlis.
Tel : 04-9765481 / 9761957 /9702114
Faks : 04 - 9775863

CetakEmel