Syed Hamzah

Zaman Syed Hamzah Jamalullail

 hamzah

Semasa pemerintahan tentera Jepun di Negeri Perlis, pihak berkuasa Jepun telah mengenepikan Tuanku Syed Putra sebagai Bakal Raja. Malah pihak Jepun telah memaksa Raja Syed Alwi untuk membatalkan perlantikan Tuan Syed Putra sebagai Bakal Raja, dan sebaliknya membuat perisytiharan baru mengangkat adinda Raja Syed Alwi, Tuan Syed Hamzah Ibni Syed Saffi Jamalullail sebagai Bakal Raja.

Apabila Raja Syed Alwi mangkat pada 2 Februari 1943, pihak berkuasa Jepun dan "State Council" semasa itu telah mengangkat Tuan Syed Hamzah sebagai Raja Negeri Perlis. Baginda menjadi Raja sehinggalah ke zaman Perlis ditadbir oleh Kerajaan Tentera Siam, di mana diwujudkan "State Council" yang dipanggil "Muntri Spa" dan "Muntri Spa Perlis" dipengerusikan oleh Syed Hamzah sehinggalah ke bulan September, 1945 apabila pihak Jepun sekutu-sekutunya menyerah kalah.

CetakEmel