Syed Hussin

Zaman Raja Syed Hussin Jamalullail

Sejurus dilantik menjadi Raja bagi Negeri Perlis, Raja Syed Hussin telah mengambil langkah pertama menjadikan pekan Arau sebagai pusat pentadbiran manakala pekan Kangar kekal sebagai pusat perniagaan.

Baginda juga memasyhurkan nama "Indera Kayangan" untuk diberi gelaran kepada Negeri Perlis iaitu negeri "Perlis Indera Kayangan". Nama tersebut diilhamkan daripada nama Kota Indera Kayangan II (1797-1813), iaitu kota di mana baginda dididik dan dibesarkan.

Penduduk Negeri Perlis ketika itu berjumlah 2,500 orang. Langkah selanjutnya ialah melantik pembesar-pembesar negeri. Antaranya, adinda baginda Syed Abdullah Ibni Syed Harun Jamalullail dilantik sebagai Raja Muda Perlis yang pertama manakala Datuk Arau dilantik sebagai Perdana Menteri. Perpaduan dan kesejahteraan rakyat Perlis jelas kelihatan di bawah payung pemerintahan Raja Syed Hussin. Sebaliknya Negeri Kubang Pasu yang juga turut mendapat taraf sebagai sebuah negeri, telah dilanda persengketaan yang berlaku di kalangan kerabat DiRaja. Akhirnya Negeri Kubang Pasu Darul Qiyam terpaksa diserahkan kembali kepada kesultanan Negeri Kedah.

 



 

CetakEmel