Syed Putra

 Zaman Raja Syed Putra Jamalullail

putra 

Pihak berkuasa British yang datang semula ke Perlis dalam bulan Oktober 1945 masih tidak berubah pendirian dan dasar mereka terhadap Tuanku Syed Putra yang dahulunya diangkat sebagai Bakal Raja Perlis. Tentera pihak British telah berusaha mencari dan membawa kembali Tuanku Syed Putra dan kerabat baginda ke Negeri Perlis. Tuanku Syed Putra telah diangkat oleh pihak British sebagai Raja Perlis yang baru dan ditabalkan pada 12 Mac, 1949.

Kemampuan baginda telah mengekalkan kedudukannya sebagai Raja berdaulat bagi Negeri Perlis sehingga mencapai 56 tahun menduduki takhta, mencatatkan nama baginda sebagai Raja yang paling lama memerintah di dunia. Perayaan Jubli Emas Pemerintahan Baginda telah diadakan pada bulan Disember 1995.

Di samping fakta tersebut, tercatat juga nama baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong Ketiga bagi Persekutuan Tanah Melayu dan Yang di-Pertuan Agong pertama bagi negara Malaysia.

Kemangkatan Tuanku Syed Putra di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur pada 16 April 2000, jam 2.30 petang telah mengejutkan seluruh rakyat Perlis kerana kehilangan seorang Raja yang amat disayangi kerana baginda begitu lama memerintah dan terkenal dengan sifatnya sebagai seorang Raja Berjiwa Rakyat. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Al-marhum.

 

Nota:
Untuk maklumat lanjut, dapatkan melalui menu Raja Kita, atau klik di sini.

 

CetakEmel